- Nama saya Zul. Pengalaman saya ini berlaku lebih kurang dua tahun lalu di tempat saya bertugas di kawasan Pasir Panjang. Pada waktu itu saya bekerja giliran malam bermula dari pukul 11 malam hingga 8 pagi. Kami bertugas seramai tiga orang dalam satu kumpulan dan berganti-ganti untuk berehat. Setelah jam lebih kurang pukul tiga pagi, giliran saya pula untuk berehat. Saya pun keluar ke suatu sudut di luar bilik saya bertugas dan di situ terdapat dua buah sofa.
Saya pun baring di salah satu sofa itu untuk berehat. Kemudian saya pun terlelap. Tiba2 saya terasa seperti dicekik dan saya tidak dapat bernafas. Saya tidak dapat bergerak seperti ada yang duduk di atas badan saya. Saya baca Ayat Kursi dan ayat2 suci lain yang saya tahu. Lama juga saya dalam keadaan begitu dan akhirnya saya berjaya melepaskan diri saya. Berpeluh2 saya dibuatnya.
Saya bangun lalu pergi ke kaunter pengawal keselamatan untuk memberitahu salah seorang pengawal yang saya kenali mengenai pengalaman saya tadi. Pengawal itu memberitahu saya bahawa tempat sofa yang saya baring itu memang 'keras'. Dia telah beberapa kali ternampak kelibat seseorang sedang duduk di sofa itu tetapi apabila dia mendekati sofa itu tiada apa2 di situ.
Saya juga menceritakan cerita saya itu kepada salah seorang rakan setugas saya yang telah bekerja lebih lima belas tahun di pejabat itu. Dia memberitahu bahawa ketika pejabat itu dibina, ada seorang buruh Thailand telah mendapati kemalangan dan terbunuh di tempat itu. Banyak juga orang2 lama yang telah diganggu oleh makhluk halus di situ. Mungkin sofa itu tempat tidurnya dan telah diganggu oleh saya.
Itu sahaja cerita saya. Terima kasih dan selamat malam.
Kisah Nyata - Pengalaman Dicekik
Posted by
Momod ads.id
at
April 06, 2020
Tags :
#Cerita Hantu
#Cerita Misteri
Related : Kisah Nyata - Pengalaman Dicekik
Hantu Janet Kisah hantu Janet merupakan kisah seram yang femes sekitar tahun 60-an, berlaku di kawasan Batu 4 dan Batu 5 di mana korang boleh lihat begitu banyak sofa konkrit, yak ...
Kisah Misteri - Apa Itu Saka Mari Kenali Apa Itu Saka Saka adalah sejenis ilmu hitam di mana seseorang itu akan membuat perjanjian dengan jin kafir a ...
Misteri di Klia Airport Kisah Seram di Klia Airport Kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah t ...
Kisah Seram - Di Wedding Cousin - Apa yg aku nk citer nih adalah kisah benar yg berlaku masa wedding cousin aku...cousin aku nih dah kawin ngan sorang mamat nih..mamat nih sblm berkenan ngan cous ...
Mengenal Ajian Pancasona (Rawa Rontek) Si Ilmu KebalAjian pancasona adalah ajian yang sering digunakan oleh orang zaman dahulu untuk memperkuat diri dan pertahanannya ketika berperang. Dengan ajian pancasona, seseorang ak ...
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »